Kesayangan ♥ ♥ ♥

Saturday, January 28, 2012

♥ (✿◠‿◠) Munajatku Untukmu....


Ya Allah, Segala pujian bagiMu Tuhan Sekalian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang aku sembah dan kepadaMu
kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat...

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu,
Jauhilah aku daripada segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat...

Ya Allah, ampunilah diriku
Yang terlalu sering berbuat dosa
Yang terlalu lemah menghadapi tipu daya
Yang terlalu sering silap dan lupa


Ya Allah, jadikahlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu, dan berbakti kepada orang tuaku..

Ya Allah, bantulah ayahku dalam setiap langkahnya, 
dalam setiap usahanya
Serta ajarkan diriku untuk lebih menghargai setiap pemberiannya...

Ya Allah, ampunilah ibuku,
Seorang yang telah mengandung, melahirkan dan merawatku
Tidur malamnya sering ku ganggu,
Titik keringatnya mengalir demi membesarkanku
Dia tidak pernah letih, tidak pernah bosan
Untuk mencurahkan kasihnya padaku...

Ya Allah, redanya redaMu
Murkannya, murkaMu
Sukanya, sukaMu
Bencinya, benciMu
Kerananya, berikanlah aku kesempatan masa berbakti padanya, mengharapkan redanya dan menggapai senyumnya...

Ya Allah, seandainya engkau mengizinkanku untuk 
menembus ruang dimensi waktu. 
Aku ingin kembali ke masa lalu dan mengabdikan diriku kepada ibu...

Ya Allah, berikanlah ia kebahagiaan dunia dan akhirat..
Terimalah semua amal kebaikannya, ampunilah dosa-dosanya,
perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku..

Maha Suci Allah yang Maha Besar
Jadikanlah anak-anakku daripada orang-orang yang soleh yang mendoakan keampunanku daripadaMu
Ya Allah jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah jauhilah mereka daripada seksaMu ya Allah.

Amin ya rabbal alamin.....
Oh Ibu...
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya kepadamu

Ibu tersayang
Ku curahkan rasa hati 
Ku tatapi potret mu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu





Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita,disepanjang jambatan ia dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa2 selepas sembahyang. insyallah Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right & Mrs Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki @ wanita yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga.... semoga Allah mempermudahkan Jodoh kita semua... Amin..
()

Friday, January 27, 2012

(✿◠‿◠) 10 Cara Menangi Hati Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

() "Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia menyelesaikan kesulitan orang lain." (Hadis riwayat Imam Ahmad)♥♥♥



~✿ Aku Bukanlah Gadis Yang Cerewet ✿~




~ Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..~

~ Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah.. ~



~✿ ^_^ ✿~

~ Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk KITA..
WALAU seluruh ISI ALAM ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya,
Kita TETAP AKAN mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...

TETAPI jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk KITA,
WALAU seluruh ISI ALAM ini MEMBANTU KITA untuk mendapatkannya,
Kita TETAP TAKKAN mendapatkannya.... ~

~✿ Nebula Mawar Merah ✿~

Ini gambar yang dijadikan rujukan sebagai tafsir dari salah satu ayat dari surat Ar-Rahman:

Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.

Dikatakan bahawa gambar ini, yang merupakan hasil tangkapan dari Teleskop ruang angkasa Hubble, menunjukkan bahawa jika bintang meledak, maka hasilnya adalah warna merah seperti mawar.

Dalam ayat itu disebutkan langit yang terbelah. Apakah ini gambar langit? Sumber dari NASA/Hubble menyatakan bahawa itu adalah hasil ledakan sebuah bintang. Dari bumi, ia hanyalah bagian amat kecil dari langit. Bahkan hampir tak terlihat oleh mata kepala.







•.♥• Mak.. Ibu.. Mama.. Mummy.. Ummi.. •.♥•

Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat kedua selepas mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah Azza Wajalla juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:


Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’:23)


Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian pun, kita akan menyebut nama ibu.

Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.

Renungan Bersama...

Tinggalkanlah kesenangan yang menghalang pencapaian kecemerlangan hidup yang diidamkan. 

Dan berhati-hatilah, kerana beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan...

TAHUKAH KAMU....



Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


•.♥••.♥• Hargai Jasa Ibu •.♥••.♥•

•.♥• Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu •.♥•

•.♥• Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu •.♥•

•.♥• Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu •.♥•

•.♥• Oleh itu hargai lah kedua ibubapa anda sehingga akhir hayat mereka....hargailah jasa ibu •.♥•

.:: Semua Hutang Selesai ::.

Suatu hari seorg anak m'dapati ibunya sedang menyiapkan makan malam di dapur, lalu dia m'hulurkan secebis kertas yg tertulis sesuatu. Si ibu bergegas mengambil kertas itu dan membacanya :

KOS MENOLONG IBU HARI INI :-

_____________________________________________
Tolong pergi kedai                                               RM 1
_____________________________________________
Tolong jaga adik                                                  RM 2
_____________________________________________
Tolong buang sampah                                          RM 1
_____________________________________________
Tolong siram bunga                                             RM 1
_____________________________________________
Tolong sapu sampah                                             RM1
_____________________________________________
JUMLAH SELURUHNYA                                 RM 6
_____________________________________________

Selepas membaca, si ibu tersenyum memandang anaknya sambil membelai kepalanya, kemudian dia mengambil sebatang pen dan menuliskan sesuatu di belakang kertas yang sama:

_______________________________________________________
Kos mengandungmu selama 9 bulan                            PERCUMA
______________________________________________________
Kos berjaga malam                                                      PERCUMA
______________________________________________________
Kos air mata yang menitis keranamu                           PERCUMA
______________________________________________________
Kos kegelisahan kerana kebimbangan                         PERCUMA
______________________________________________________
Kos menyediakan makan minum,pakaian & keperluanmu  PERCUMA
______________________________________________________
JUMLAH KESELURUHAN KOS                              PERCUMA
_______________________________________________________

Membaca apa yg telah ditulis ibunya, air mata si anak menitis. Si anak kemudian menatap wajah ibunya, lalu memeluk dan berkata, "Saya Sayang Ibu!" Kemudian si anak mengambil pen dan menuliskan pada kertas yang di tulisnya, "SEMUA HUTANG SELESAI!!!!"
Nama mu terukir dalam hati ku..
Cintamu membimbing jalanku..
Doaku, semoga Allah selalu menjagamu!
Doaku, semoga Allah selalu menjagamu!

I ♥ You mOm

" Mak, demi Allah saya tidak pernah marahkan mak kerana tiada yang saya harapkan di dunia ini selain mengharapkan keredhaan dari seorang ibu."

Pesanan Ibu



Nak..
Pernahkah engkau faham erti sebuah kerinduan?
Pernahkah engkau amati makna sebuah kesunyian?
bila tidak...
mari sini...
biar aku mengajarmu
dari sini, dari tanah yang sudah lama tidak engkau kunjungi..
dari hati, yang masih menyimpan namamu
dan dari air mata, yang terus mangalir untukmu
semua itu, agar engkau mengenal dunia tempat engkau berpijak..

Nak..
gapailah erti 'bagaimana'
raihlah sekantung 'mengapa'
dan carilah alamat 'di mana'
maka engkau akan tahu
semua yang engkau dapati adalah hampa
semua yang engkau temui kosong..


~✿ SURAT CINTA UNTUK IBU ✿~

"Banyak kata yang tidak terucap,
Banyak rasa yang tidak dapat tertuai dalam sebuah sikap.
Percayalah, semuanya itu dapat anda curahkan dalam sepucuk surat...."

KEPADA : IBU YANG DIKASIHI

Salam penghormatan yang tiada hentinya sentiasa ku utuskan kepada seorang yang telah membesarkanku dalam cinta dan kasihnya.  Salam kehangatan ku dakapkan kepada seorang wanita yang terbaik dalam hidupku.  Salam cinta dan kasih sayang beriring doa semoga kiranya dua hati ini agar selalu berpaut selama hidup hingga ke alam baka..

IBU....
           Sebenarnya, sudah beberapa kali hati ini merasa ragu untuk menulis surat untukmu.  Sejak kecil hingga sekarang, entah berapa tahun telah berlalu, rasanya tidak ada sepucuk surat pun yang pernah ku tuliskan untukmu.  Dalam hati anakmu ini tertanya-tanya, layakkah seorang anak menulis surat untuk ibu yang hidup sebumbung dengannya?


          Tapi akhirnya , anakmu ini memberanikan diri untuk melakukannya kerana engkaulah insan yang telah melahirkan dan membesarkanku, mengapa mesti malu?  Lagi pun aku juga berasal dari rahimmu dan engkau bukanlah orang lain dalam kehidupanku. Aku adalah ibu dan ibu adalah aku.


          Kita ibarat dua jiwa yang terbungkus dalam satu tubuh.  Dihatiku, dirimu berada di tempat yang pertama daripada seluruh manusia.  Gambarmu tidak akan pernah hilang dari khayalku.  Aku mendekatkan diri kepada Allah dengan cintamu.  Dalam aliran darahku, mengalir cintamu.


           Aku tahu banyak perkara yang membuatkanmu marah kepadaku.  Tapi aku ingin engkau tahu bahawa aku pun menyesal melakukannya, bahkan aku sangat ingin sekiranya dapatku tebus segala kesilapan itu.  Mulai saat ini, aku berjanji untuk terus berusaha menjauhi dan mengakhiri segala perkara yang boleh membuatmu marah kepadaku kerana keredaanmu padaku adalah cita-cita terbesar yang terus ku harapkan dan ku cari.  Dalam keredaanmu ada keredaan Allah jua dan di dalam cintamu ada cinta Allah.  Engkaulah syurgaku dan jalan menuju akhiratku.


IBU....
          Engkaulah seorang yang paling berharga dalam hidupku... Aku tidak ingin  membayangkan, ketika aku tidur di malam hari sedangkan di hatimu ada kekecewaan terhadapku.  Sesungguhnya tatkala engkau marah, dunia ini serasa sempit buatku serta kesedihan dan kegelisahan terus menghantuiku.


IBU....
           Aku tahu, sejak kecil hingga kini aku selalu menyusahkanmu.  Padahal, segalanya telah engkau korbankan demi kebahagiaan keluarga dan anak-anakmu ini.  Aku masih ingat, ketika aku meminta dibelikan sesuatu.  Di kala itu, engkau tidak mempunyai wang sesen pun.  Tapi engkau rela bersusah payah mencari pinjaman ke sana-sini untuk membahagiakan hati zuriatmu ini....


IBU.....
          Terima kasih atas segalanya. Tiada kata, bahkan tiada satu kata pun dalam kamus bahasa di dunia ini yang boleh mewakiliku untuk mengungkapkan rasa terima kasih dan cintaku padamu.  Bila diriku yang lemah ini cuba menuliskan  beberapa bait syair tentangmu atau sebuah gambaran rasa cinta dan terima kasihku padamu, sungguh aku sendiri berasa malu membaca kata-kataku ini.  Bahkan, seandainya aku mampu memberikan dunia dan seisinya kepadamu.  Aku tetap merasakan itu semua belum cukup untuk membalas semua jasa-jasamu padaku.


IBU.....
          Aku tahu, sebelum aku meminta maaf kepadamu, engkau pasti sudah memaafkan semua kesalahanku padamu.  Tapi izinkanlah rangkaian kata-kataku ini mewakili diriku untuk duduk bersimpuh malu di hadapanmu.  Biarkanlah air mata penyesalan yang terus menitis tatkala menulis surat ini agar ia dapat membasuh kedua kakimu yang mulia.  Maafkanlah segala kekecewaan dan kesedihan atas sikap yang pernah ku lakukan terhadapmu.


IBU......
          Semoga Allah sentiasa menjagamu dan memberikan keredaan dalam setiap langkahmu, memberi kemudahan dalam setiap urusanmu serta memberikanku kesempatan untuk berbakti kepadamu.

IBU.....
          Doakanlah anakmu, agar dapat menjadi seorang yang berguna bagi agama, nusa dan bangsa.  Redailah diriku dalam setiap langkah yang ku tempuh.  Bukankah redamu itu adalah reda Tuhan jua?

Salam sayang selalu... I Love You
Anakmu  'Yang mencintaimu'