Kesayangan ♥ ♥ ♥

Thursday, January 10, 2013

Dahulu.. Sekarang..

Dahulu...
Kau berkata.. Akulah gadis yang akan membawa sinar 
Kita sama- sama bersusah-payah
Kita kongsi segala tawa dan air mata
Sehingga satu saat
Kau berkata
"Sayang, andai satu hari di takdirkan saya berubah menjadi lupa diri..
Awak tolong ingatkan saya pengorbanan yang awak dah lakukan
kebaikan yang awak taburkan.. kerana saya tak mampu kehilangan awak dan sekiranm,ya ia terjadi
sayalah manusia yang paling rugi kerana melepaskan permata yang berharga"

"Sayang, manalah saya nak cari orang sebaik awak yang sanggup bersusah payah demi saya"

"Sayang, jika dimurahkan rezeki. Tidak lama lagi saya akan masuk meminang awak ya sayang."

Dan Sekarang...

Masa pun berlalu..
Dan kau...
Kau telah mengkhianati kata-kata yang kau lafazkan dulu
Betapa manusia terlalu cepat lupa diri
Atau apakah kau hilang ingatan 
Sehingga lupa segalanya
Apa yang aku lihat kini..
Kau membohongi diri , Kau membohongi aku, Kau membohongi setiap orang yg menyanyangimu
Kau terlepa... terlupa.. terleka..
dengan kesenangan sementara yang tuhan pinjamkan mu di dunia

dan kali ini kau sudah berhenti berkata-kata
kau pergi dengan pembohongan yang dasyat
kekecewaan yang kau palit pada aku dan semua ahli keluarga

dan sekarang kau bahagia dengan kesenangan baru mu..



No comments:

Post a Comment