Kesayangan ♥ ♥ ♥

Tuesday, January 8, 2013

MALAM INI KITA MENANGIS



Malam ini kita semua menangis...
Adakah salah jika ada air di mataku ini?
Apakah nampak bangang jika aku luahkan segalanya yang ada di dalam diri?

Malam ini kita semua menangis..
Malam ini kau akan lihat aku sebagai seorang gadis
Malam ini akan aku luahkan apa yang ada di dalam diri

Kerana selama ini kau katakan...

Hey gadis
    " kau begitu keras"
    " kau begitu ganas"
Hey gadis luahkan apa yang kau rasa..
Hey gadis kasikan apa yang mungkin kau akan kata

Tapi aku ini gadis yang ingin menjadi seorang yang pemberani
Berani mati
Aku ini ingin menjadi gadis yang tak akan lenyap disebabkan arus zaman

Aku ingin menjadi gegadis itu
Aku ingin menjadi gadis yang kuat itu
Tidak mahu aku mampu mengalirkan air mata ini
Air mata ini terlalu mahal!!!
Walau untuk mengemis
Walau untuk menangis
Aku ini gadis yang terlalu keras
terlalu ganas
Walau aku mahu menyatakan apa yang aku rasa

Apa yang aku minta
Walaupun aku ini gadis yang tidak diadilkan
Aku tidak akan menangis dihadapan engkau
Mintalah apa yang kamu mahu
Tapi bukan air mataku , bukan itu
Kau mintalah apa saja yang engkau mahu

Malam ini kita semua akan menangis
Bukan kerana aku lemah tetapi kerana engkau terlalu gagah
Malam ini kita akan menangis bersama
Malam ini kau akan lihat apa yang aku rasa
Apa yang aku rasa...

No comments:

Post a Comment