Kesayangan ♥ ♥ ♥

Thursday, January 10, 2013

Pernahkah kau rasa...

Pernahkah kau rasa..
Apabila kebahagiaan yang dijanjikan berakhir menjadi mimpi ngeri
Mimpi ngeri di alam realiti

Pernahkah kau rasa..
Diri disanjung di tinggi hingga kau ketawa bahagia
Dan tiba-tiba kau di hempas ke bawah
Tanpa sempat kau berkata apa-apa

Pernahkah kau rasa..
Melukis impian di awan indah
Impian yang kau ingin gapai.. kau ingin capai..
Dan tiba-tiba ribut menjelma
Memusnahkan segala impian sekelip mata
Ya.. sekelip mata

Pernahkah kau rasa..
Jiwa yang kau semai dengan penuh kasih sayang
Di pijak-pijak tanpa penuh perasaan
Tanpa kerelaan 
Jiwa tadi dirundung pilu, amarah, kekecewaan
Dengan sekelip mata kasih sayangnya diragut 
Sepantas kilat

Pernahkah kau rasa..
Semua yang rutin bagimu menjadi sesuatu yang ganjil untukmu..

Pernahkah kau cuba merasakan 
Keperitan yang kau calitkan pada diri ini.. 

No comments:

Post a Comment