Kesayangan ♥ ♥ ♥

Saturday, October 12, 2013

Noktah Cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hati itu
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Sunday, June 30, 2013

Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.


ENCIK JODOH BIN TAKDIR
No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.

30 Jun 2013

Salam awak,

Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya taktahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya taktahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?

Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.

Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.

Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.

Yang benar,

Tulang rusuk awak sebelah lagi.

Saturday, March 2, 2013

PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DIKETAHUI !!

1. Memilih jodoh

Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2. Memilih bakal isteri


Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami


Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang

Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Mas kahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:

1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:

-Mahar musamma al-Mua'jjal
Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

-Mahar musamma al-muajjal
Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.


2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri...

6. Hantaran

Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'.

7. Kenduri kahwin

Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Wednesday, February 27, 2013

Wang Hantaran


Wang hantaran sebenarnya ialah satu hadiah ikhlas oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak perempuan yang telah menjadi budaya dalam masyakat kita. Dari itu, ia tidaklah diwajibkan seperti mas kahwin yang diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Sayangnya, kini wang hantaran telah menjadi kemuncak sesuatu perkahwinan yang sepatutunya ialah akad nikah. Ini disebabkan, masyarakat telah mengiktirafkannya sebagai darjat ‘kemampuan' pihak pengantin lelaki dan ‘kehebatan' sesuatu majlis perkahwinan itu.

Semakin tinggi jumlah wang hantaran yang diberikan maka semakin gah kedudukan mempelai sekeluarga di mata masyarakat. Ini tidak secara langsung menimbulkan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk dalam masyarakat sehingga menghilangkan sifat sederhana yang dituntut agama.

Kalau benar-benar berkemampuan, tidak ada salahnya untuk mengadakan majlis secara besar-besaran dan meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi. Akan tetapi jika sebaliknya, ia akan menjadi satu bebanan dan boleh menyebabkan ada yang terpaksa berhutang atau mendapatkan wang melalui cara yang salah, seperti rasuah dan pecah amanah. Maka, adalah lebih afdhal mengadakan kenduri dan meletakkan jumlah hantaran yang sederhana mengikut kemampuan untuk kesejahteraan semua pihak yang terlibat.

...masyarakat telah mengiktirafkannya sebagai darjat ‘kemampuan' pihak pengantin lelaki dan ‘kehebatan' sesuatu majlis perkahwinan...

Dalam hal ini masyarakat terutama ibubapa perlu lebih bertanggungjawab dan tidak terlalu mengikut trend yang menyimpang daripada matlamat sebenar dalam soal nikah kahwin. Mereka juga perlulah sedar, perkahwinan yang dibina adalah untuk jangka panjang. Bergolok dan bergadai hanya untuk satu majlis perkahwinan akan membawa kemudaratan yang boleh merosak keharmonian rumah tangga.

Masyarakat kita perlu mengubah minda terhadap wang hantaran kerana dalam jangka masa panjang, hantaran yang tinggi akan mengurangkan jumlah individu yang ingin berkahwin dan mendorong kepada gejala sosial seperti bersekedudukan. Pendek kata, ukurlah baju di bahu sendiri dan tepuk dada tanyalah selera.

Renung-renunglah:
"Perkahwinan bukan masa tunjuk keegoan tetapi penyatuan dua jiwa."
- Dr Rusinah Siron

Friday, February 15, 2013

Have we??



NOBODY HAS AN EASY LIFE ALL THE TIME

NOBODY FEELS OKAY EVERY NIGHT AND DAY 

NOBODY GETS EVERYTHING THEY WANTED

NOBODY CAN CHERISH HAPPINESS WITHOUT SUCCESFULLY FACE THEIR WORST TIME

NOBODY




"WHEN ALLAH DESIRES GOOD FOR SOMEONE, HE TRIES HIM WITH HARDSHIPS"

-SAHIH BUKHARI




AND IF WE SEE SOMEONE IS HAVING A GOOD LIFE. A BEAUTIFUL LIFE.

NO, THEY DON'T HAVE A PERFECT LIFE, THEY MIGHT HAVE HAD THEIR PART

WHERE ALLAH HAS TEST THEM WITH WHATEVER THEY CAN BEAR BEST. 

WE NEVER KNOW. WELL, ALLAH DOES THE SAME TO YOU TOO,

TO ALL OF US. IT IS JUST. 

WE REALIZE OR NOT.

HAVE WE THANKED HIM YET OR NOT.





Thursday, February 14, 2013

Jangan Mendahului-Nya. . .

Jangan mendahului-Nya 

dengan menetapkan seseorang itu adalah jodohmu,

sebelum ijab kabul dia bukan siapa-siapa bagimu 

belum halal untukmu,

andai dialah jodohmu yang tertulis di 

Luh Mahfuzh,

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala pasti akan menanamkan rasa kasih 

dalam hatimu & hatinya,

itu Janji ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala..

akan tetapi,

selagi kalian tidak di ikat oleh ikatan yang Halal,

selama itu jangan mubazirkan perasaanmu,

juga

 jangan 

melampaui batas yang telah ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala tetapkan...

Wednesday, February 13, 2013

Rindu. . . .


Rindu itu ialah CINTA YANG BERLEBIHAN, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal yang haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan. Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang-orang, maka, pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari GOLONGAN SYUHADA di akhirat adalah orang- orang yang MATI DALAM KERINDUAN dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang- orang mestipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.

Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya, jiwanya, tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu.

di sini, saya share bersama 1 kisah antara Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah:

Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali akan sesuatu perkara, "Wahai Ali, sebelum aku menikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang telah menjadi idola di hatiku. Aku sangat ingin kelak dia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku? Tanya Ali. "Tidak. Kerana pemuda itu adalah engkau." Jawab Fatimah


SUBHANALLAH...ALLAHURABBI..SEMOGA AKU MAMPU BERTAHAN..

"aku mencintai ALLAH,dan kerana itu aku kini sungguh takut untuk menyintai dan merindui kamu"

~dulu aku merindu.. kini tidak lagi.. peaceee~